Wednesday, January 23, 2019

KEBENARAN

Tiada kita tahu di mana kebenarannya melainkan kita ditunjukkan.
Untuk ditunjukkan maka dikatakan perlulah kita berkawan dengan orang yang alim. Yakni alim dunia dan akhirat.

Pengetahuan dunianya luas seperti pengetahuan agamanya yang luas.

Luas itu mungkin bermaksud pula sempitnya. Seperti dunia yang luas, tetapi sempit. Sempit kerana zaman alam maya kini. Dunia hanya di hujung jari.

Kerana sempit itulah luasnya pengetahuan yang dapat dicapai oleh manusia.

Carilah kebenaran. Sentiasa carilah. Kerana kebenaran itu mungkin ditutupi dengan kekurangan.

Itulah sifat kebenaran.

No comments: