Friday, May 17, 2013

PENULISAN

Dikala kecelaruan fikiran yang berkecamuk, manusia berlumba-lumba meluahkan emosi yang sekian lama terpendam tanpa dapat dikawal oleh akal fikiran.

Segala perasaan yang terpendam akan membuak-buak diluahkan.

Tidak semuanya betul dan tidak semuanya salah. Penulisan luahan emosi yang tidak terkawal dapat mengembalikan keseimbangan akal fikiran sekiranya dipandu oleh nilai akhlak dan disiplin diri yang tinggi.

Sekiranya penulisan dicegah langsung, ia merupakan sesuatu yang tidak begitu elok kerana penulisan juga merupakan sebahagian daripada cara penyembuhan minda diri.
PEMIMPIN YANG HEBAT DAN DISEGANI

Pemimpin disegani bukan kerana selalu turun ke padang dan mendampingi rakyat.

Tetapi pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mengasingkan diri dari masyarakat serta mencari apa itu erti ikhlas dan sabar.

Setelah perkara itu tercapai maka apabila ditakdirkan bercampur gaul dengan masyarakat awam, perkara ikhlas dan sabar tadi akan membantu pemimpin tersebut.

Ini kerana hanya ikhlas dan sabar akan membuat pemimpin bertahan dalam urusan pelbagai kerenah dengan adil saksama dan secara automatik keinginan rakyat kepada pemimpin tersebut terjadi.

Tetapi sekiranya selalu kelihatan pemimpin mendampingi rakyat tanpa bersebab, maka pemimpin itu dilihat lemah oleh pandangan orang lain.

Wednesday, May 15, 2013

PLURARISME

Mempunyai kefahaman bahawa Islam dan agama lain sama rata adalah tidak benar sekali.

Allah s.w.t-lah yang mencipta manusia untuk beribadat  dan patuh kepadaNya.

Apabila kita sudah capai mengenal Allah s.w.t maka berkenalanlah kita dengan Allah s.w.t pencipta kita.

Allah s.w.t mengasihi hambaNya. Permintaan kita akan ditunaikan (yang mana baik bagi diri kita).

Kita akan mengenal peristiwa lampau dan kehadapan melalui arah perjalanan kita.

Allah s.w.t-lah yang menentukan.

Jika Allah s.w.t itu tidak benar, tentulah permintaan dan kepatuhan kita kepadaNya tidak mempunyai balasan dan ketentuan dariNya.

Berjalanlah kamu di muka bumi dengan langkah kerana Allah s.w.t dan kita akan menikmati sesuatu dari langkah kita itu.
KEBEBASAN BERAGAMA

Merasakan (menjiwai) diri bebas untuk beragama juga merupakan satu jaminan keselamatan kepada bukan Muslim.

Jiwa yang ingin beragama merupakan jiwa yang baik.

Jiwa yang baik jiwa yang perlu dijaga.

Kerana jiwa manusia itu memerlukan tuhan walau tidak taat pada suruhan tuhan mereka.

Merasa mempunyai tuhan dapat memotivasi arah perjalanan hidup manusia di dunia ini.

Tuesday, May 14, 2013

ALAM MAYA

Kita memasuki suatu alam di mana pelbagai ancaman informasi dan akal fikiran datang dari bermacam sudut merasuki akal fikiran kita.

Kadangkala berkebetulan melalui pengalaman semasa dan lepas kita.

Hanya dengan mempunyai asas didikan agama yang diterima dari ibubapa dan alam persekolahan dapat dijadikan benteng asas antara menerima dan membezakan mana yang baik atau buruk.

Sebagai umat Islam kita bertuah kerana memiliki iman dan takwa sekaligus menjadi hamba kepada Allah s.w.t

Mungkin sekadar memiliki nama Allah s.w.t di hati kita merupakan senyuman sinis bagi setiap orang.Tetapi ketahuilah bahawa hanya dengan mempunyai Allah s.w.t ketika kita berputus asa atas pelbagai dugaan permasalahan di dunia ini, ia sudah cukup untuk menyelamatkan jiwa dan nyawa kita dari diusik gugat oleh mainan alam maya yang seumpamanya jin dan syaitan.

Begitulah pentingnya walau sekadar mempunyai agama bagi setiap manusia.

Agama berperanan membantu kita membezakan yang mana baik dan buruk.

Mempunyai Tuhan membantu kita bersemangat dalam meneruskan hidup.

Sunday, May 12, 2013

PELANTIKAN PEMERINTAH

 
A026 Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(A-li'Imraan 3:26)

Wednesday, May 8, 2013


KUASA PEMERINTAHAN DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI OLEH-NYA

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
 
(Al-Baqarah 2:247)
HAK-HAK AHLI ZIMMI

Antaranya hak-hak mereka adalah ;

1.   Mematuhi perjanjian perlindungan, sebagaiman firman Allah s.w.t :

      Maksudnya : Sempurnakanlah perjanjian apabila kamu telah membuat perjanjian

      Surah al-Nahl : 91

2.   Tidak boleh memaksa mereka memeluk agama Islam, sebagaimana firman Allah s.w.t :

      Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)   daripada kesesatan (kufur)

      Surah al-Baqarah : 256

3.   Tidak boleh membinasakan gereja (rumah ibadat) mereka, arak minuman mereka, babi-babi kepunyaan mereka, selama mana mereka tidak menzahirkan kepada umum.

4.   Melindungi dan mempertahankan mereka daripada sesiapa sahaja yang memusuhi mereka dan apa saja yang menimpa mereka.

5.   Berbuat baik dan bersimpati dengan mereka tanpa mengasihi mereka sebagaiman firman Allah s.w.t :

      Maksudnya : Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap golongan yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan  kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan teman rapat golongan yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah!) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itu orang yang zalim.

    Surah al-Mumtahanah : 8-9

    Adapun mengasihi mereka dan menjadikan mereka sebagai pemimpin adalah haram sebagaimana firman  Allah s.w.t :

    Maksudnya : Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.

    Surah al-Mujadalah : 22

    Firman-Nya lagi : Wahai golongan yang beriman! Janganlah kamu menjadikan seteru-Ku dan seteru kamu sebagai pemimpin, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kafir ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu.

    Surah al-Mumtahanah : 1

    Firman-Nya lagi : Wahai golongan yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin, kerana sesetengah mereka menjadi pemimpin kepada sesetengahnya yang lain; dan barang siapa antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

    Surah al-Ma'idah : 51

6.   Diharamkan darah dan harta mereka (maksudnya, tidak boleh membunuh atau mencederakan dan tidak boleh mengambil harta mereka secara tidak sah di sisi syarak).

7.   Diharamkan menzalimi dan membebankan mereka melebihi keupayaan mereka. Terdapat banyak hadis yang menjadi dalil dalam masalah ini, antaranya ialah :

     Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

     "Ingatlah! Sesiapa yang menzalimi terhadap orang yang diikat perjanjian (zimmi) atau mengurangkan haknya atau membebankannya melebihi keupayaannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaan hatinya maka aku adalah penghalangnya pada hari kiamat"

    Sabda Baginda lagi :

    "Sesiapa yang membunuh kafir zimmi dia tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya bau syurga itu    akan didapati sejauh 40 tahun perjalanan."

    Saidina Umar al-Khattab r.a berwasiat kepada khalifah selepasnya dengan katanya : "Aku wasiatkannya dengan zimmah (perjanjian) Allah dan Rasul-Nya supaya dia hendaklah melaksanakan perjanjian yang telah dibuat kepada mereka (kafir zimmi), dan hendaklah dia memerangi sesiapa yang ingin menyerang mereka dan janganlah dibebankan kecuali setakat yang dia terdaya sahaja."

Tuesday, May 7, 2013

SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI

SSAKAJ.jpg
Sayyidi Text.jpg

Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah seorang Wali Allah yang terkenal, banyak mempunyai keramat. Beliau dilahirkan di Wilayah Tibristan pada tahun 417H. (1078), wafat di Baghdad pada tahun 561 H. (1168 M) Nama lengkapnya Abu Muhammad Muhyiddin Abdul Qadir bin Musa bin Abdullah Al Husna Al-Jailani.


Ketika masih remaja, tahun 488 H., melanjutkan pelajaran ke Baghdad, memperdalam ilmunya, terutama tentang Tasawuf kepada beberapa guru dan Syeikh. Ia menganut mazhab Hanbali. Ilmunya yang sangat menonjol adalah fiqah, komunikasi dan informasi, tekun mempelajari sastera dan hadis. Pada tahun 528 mengajar dan berfatwa di Baghdad.

Seorang orientalis Inggeris, Mary Gelliot telah menerbitkan riwayat hidupnya. Dan Musa Al-Munaini telah menerbitkan buku yang sama dengan judul "Munaqib Syekh Abdul Qadir Al-Jailani".

Thariqat
yang dipimpinnya dinamakan "Thariqat Qadariah". Di antara keramatnya menurut "Jamiu Karamatil Aulia" adalah sebagai berikut:


1. As-Siraj meriwayatkan bahawa pada suatu hari dalam tahun 521 H, Syeikh Abu Hassan bin Tamim bin Ahmad Al-Baghdadi, seorang pedagang, telah menemui Syeikh Hammad Ad-Dabbas, seraya mengatakan bahawa ia telah menyiapkan suatu kafilah untuk membawa barang dagangan ke Syam, seharga 700 dinar.

Syeikh Hammad menegaskan : "Jika mengadakan perjalanan dalam tahun ini, niscaya anda akan mati terbunuh dan barang- barang daganganmu habis dirampok orang."

Syeikh Abu Muzhaffar gusar mendengarnya, Ia pun segera menemui Syeikh Abdul Qadir Jailani, memberitahu halnya. Waktu itu Syeikh Abdul Qadir masih muda remaja.

Abdul Qadir berkata: "Berangkatlah, insya Allah anda dalam keadaan selamat dan pulang nanti akan memperoleh keuntungan."

Abu Muzahaffar pun berangkatlah dan ternyata dagangannya laris dan laku dengan nilai 1000 dinar. Beruntung tiga ratus dinar.

Pada suatu hari Abu Muzhaffar singgah di sebuah tempat pemerahan susu, untuk sesuatu urusan. Dia terlupa, wang yang 1000 dinar itu tertinggal di situ, terletak di atas sebuah rak.

Setelah pulang, ia pun tidur beristirahat dan bermimpi beberapa orang Arab dalam satu kafilah, mengeroyoknya dan menganiayanya dengan lembing. Ketika tersentak, masih terasa sakitnya dan bekas darah jelas kelihatan dilehernya. Waktu itu dia teringat kepada wang 1000 dinar yang tertinggal tadi, lalu dicarinya kembali,. Ternyata wang itu didapatinya dalam keadaan utuh, tiada kurang satu sen pun.

Sesudah peristiwa itu, ia pun pulang ke Baghdad. Dalam perjalanan hatinya berkata "lebih baik berjumpa dahulu dengan Syeikh Hammad, kerana dia lebih tua, sedang Abdul Qadir masih muda walaupun ucapannya benar." la pun lalu menuju ke pekan, untuk menemuinya. Setelah berjumpa, Syeikh Hammad menyuruhnya supaya lebih dulu menemui Abdul Qadir, karena dia adalah orang yang dikasihi Allah dan telah mendoakannya sebanyak 17 kali, sehingga berkat doanya, ia telah diselamatkan Allah dari pembunuhan.

Mendengar petunjuk itu, ia pun pergi menemui Abdul Qadir. Dan setelah bertemu, Abdul Qadir lebih dahulu berkata: "
Menurut Syeikh Hammad 17 kali, tetapi sebenarnya aku mendoakanmu 17 kali dan 17 kali, sampai apa yang anda alami itu terjadi."

2. Imam Al-Yafi'i berkata : Diriwayatkan bahwa Syeikh Abdul Qadir pada suatu hari, meminta barang titipan kepada seorang yang menyimpannya, karena pemiliknya tidak dapat datang mengambilnya. Orang yang menyimpan barang itu menolak, tidak mau menyerahkannya seraya berkata : "Jika sekiranya aku meminta kepadamu dalam perkara seperti ini, tentu anda pun tidak akan mau memberikannya kepada orang yang tidak berhak menerimanya, karena anda bukan pemiliknya."

Tiada lama sesudah ucapan itu, tibalah sepucuk surat pemiliknya ketangannya, menyatakan supaya barang titipan itu diserahkan kepada Syeikh Abdul Qadir, untuk disalurkannya kepada fakir miskin.

Maka barang itu pun diserahkannya kepada Syeikh Abdul Qadir. Beliau mengecamnya sedangkan Allah telah merelakannya.


3. Imam Sya 'rani menyatakan bahwa di antara keramatnya, pada suatu hari is mengambil wudluk. Tiba-tiba seekor burung layang-layang mengencinginya dari atas. Ia pun menoleh ke atas dengan mengangkatkan kepalanya, maka seketika itu juga burung itu terjatuh dan mati. Pakaian yang kena najis itu pun di cucinya kemudian dijualnya dan harganya disedekahkannya.


4
. Setelah namanya makin terkenal ke seluruh dunia, maka pada suatu hari berkumpullah 100 orang alim-ulama dan cerdik pandai di Baghdad, hendak menguji ilmu pengetahuannya. Masing-masing telah menyiapkan sejumlah pertanyaan yang akan diajukan kepadanya. Setelah masing-masing mengambil tempat duduk, Syeikh Abdul Qadir diam menundukkan kepalanya, tiada bercakap sepatah pun. Tiba-tiba memancar cahaya sekilas dari dadanya, menembus ke dada hadirin, sehinggn semua pertanyaan.yang akan diajukan tadi, terhapus hilang lenyap dari dada masing-masing. Suasana majlis itu menjadi kalang-kabut, karena mereka menjerit jerit, sambil mengoyak ngoyak baju dan membuangkan kopiah.

Sesudah itu, beliau pun duduk di atas sebuah kursi, siap untuk menjawab semua pertanyaan. Ternyata tiada satu. pun pertan yaan yang dapat diajukan. Dan setelah menyaksikan kenyataan itu, semua hadirin tunduk mengakui kebesaran dan ketinggian ilmu beliau.


5. Abu Al-Fatah Al-Harawi berkata : "Saya pernah menjadi pelayan Syeikh Abdul Qadir selama 40 tahun. Kulihat dia shalat subuh dengan wuduk isyak. Setiap batal, digantinya dengan wuduk baru, kemudian shalat dua rakaat. Selesai shalat isyak, beliau masuk ke ruangan khalwatnya, tiada seorang pun diperkenankan menemuinya. Dia baru keluar dari situ ketika terbit fajar."
6. Kata Al-Harawi lagi : "Pada suatu malam, aku menginap dirumahnya. Pada awal malam; kulihat dia shalat sekejap kemudian berdzikir sampai sepertiga malam pertama, lalu mengucapkan:
"Tuhanlah yang meliputi yang empunya, yang menyaksikan, yang memperhitungkan, yang berbuat, yang amat menciptai, yang mencipta, yang melepaskan, yang menggambarka"

Sesudah mengucapkan kalimat itu, kulihat tubuhnya beransur-ansur kecil kemudian membesar, sesudah itu naik ke udara, sampai lenyap dari pemandanganku.

Pada bahagian kedua dari malam, beliau shalat dan membaca Qur'an sampai pada bahagian ketiga malam. Sujudnya lama sekali, kemudian duduk tafakkur, bertawajjuh menghadap Allah sampai menjelang terbit fajar. Sesudah itu mendoa dengan rendah hati dan tawaduk. Kulihat cahaya mengelilinginya, sampai hilang dari pemandangan.

Kudengar disisinya suara yang mengucapkan: "Salamun 'alaikum, salamun 'alaikum".Dia menjawab salam itu sampai ke luar untuk mengerjakan shalat subuh.


7. Di antara keramatnya, beliau pernah menyatakan bahwa pada suatu hari, ia bertemu dengan Nabi Khidir. Beliau tidak mengenalnya. Nabi Khidir membuat syarat, bahwa beliau tidak boleh menyalahi perintahnya.

Nabi Khidir berkata kepadaku : "Duduk di sini!" Aku pun duduklah di tempat yang ditunjuknya itu selama tiga tahun. Setahun sekali dia datang dan memerintahkan supaya aku tetap duduk di tempat itu sampai dia datang pula pada kali yang lain."

Selanjutnya Syeikh Abdul Qadir menyatakan : "
Aku pernah tinggal dicelah-celah puing kota Madain, untuk beribadah dengan sungguh-sungguh. Aku memakan anggur yang diperah dan tidak minum. Kemudian setahun aku minum air tidak memakan anggur. Dan pada tahun berikutnya aku tidak makan dan tidak minum dan tidak tidur.

Pada suatu malam yang amat dingin, aku tertidur dan bermimpi bersetubuh. Aku pun mandi wajib. Kemudian tidur pula dan bermimpi lagi. Aku pun mandi pula. Kemudian tidur dan bermimpi lagi, dan mandi pula. Malam itu aku bermimpi bersetubuh sampai 40 kali dan mandi 40 kali.

Sesudah itu aku pun naik ke satu jenjang istana Kaisar, dengan harapan tidak akan tidur lagi. Aku pun fana, tenggelam dalam 1001 ilmu dan rahasia kebesaran Allah, sampai aku beristirahat dari dunia kamu in
."


8. Ibnu Al-Akhdlar berkata : "Pada suatu hari musim dingin, kami mengunjungi Syeikh Abdul Qadir. Walaupun cuaca amat dingin, beliau hanya memakai sehelai baju dan kopiah. Keringat membahasi seluruh tubuhnya. Beberapa orang mengipas-ngipasnya. Keadaannya seperti berada di musim panas yang amat sangat."


9. Beliau pernah menceritakan halnya, dengan berkata : "Aku pernah mengembara selama 25 tahun ke berbagai negara Selama dalam perjalanan aku hanya memakan tumbuh-tumbuhan dan meminum air sungai. Dan dapat menahan diri tidak minum selama setahun. Allah mengurniaiku kata-kata "kun" (jadilah). Apabila kata "kun" itu ku ucapkan, maka apa yang aku ingini, tercapai. Ku dapati hidangan yang tersedia, maka aku pun memakannya dengan sepuas-puasnya. Dengan "kun" itu, gunung bisa ku belah menjadi kue, lalu ku makan. Pasir bisa menjadi gula, ku taruhkan pasir itu dalam gelas, dan ku tuangkan air laut ke dalamnya, lalu ku minum. Semuanya sudah ku tinggalkan, kerana malu kepada Allah."


10. AI-Manawi berkata : "Di antara keramatnya, ketika masih bayi, tidak mau menyusu kepada ibunya, pada siang Ramadhan. Orang banyak yang ingin mengetahui awal bulan, bertanya kepalanya. Dan seumur hidupnya, lalat tidak pernah menjatuhkan kotoran kepadanya."


11. Pada suatu hari, seorang wanita menyerahkan anaknya kepada beliau untuk dididik, dengan mengatakan : "Aku perhatikan, anakku ini sangat tertarik kepada tuan. Sekarang, dia ku serahkan kepada tuan."

Beliau pun menerimanya dengan segala senang hati, dan mendidiknya dengan sungguh-sungguh mengamalkan thariqat ini. Beberapa waktu kemudian, ibunya datang menjenguk. Dilihatnya badan anaknya kurus-kering, mukanya pucat, akibat kurang makan dan tidur. Ia hanya memakan sepotong roti dari tepung gandum.

la sangat kasihan dan sedih melihat keadaan anaknya, lalu segera menemui Syekh Abdul Qadir. Dilihatnya beliau sedang memakan daging ayam. Lantas ia pun berkata : "Wahai tuan, anda memakan ayam, sedangkan anakku memakan roti?"

Beliau pun meletakkan tangannya ke tulang-tulang ayam itu seraya berkata : "Bangkitlah dengan idzin Allah!" Maka ayam itu pun bangkit, hidup kembali sebagaimana semula.

Sesudah itu, beliau pun berkata : "Nah, apabila anakmu itu sudah bisa berbuat seperti ini, maka dia bolehlah memakan apa saja yang disukainya."


12. Pada suatu hari seekor burung elang terbang di atas majlis Syekh Abdul Qadir. Burung itu berkicau dengan kuatnya, sehingga mengganggu hadirin. Beliau pun berkata: "Wahai angin, ambil kepala burung itu." Maka burung itu pun terjatuh ke tanah, kepalanya terpisah dari tubuhnya, masing-masing tercampak ke satu sudut. Beliau pun turun dari atas kerusinya, mengambil bangkai burung tadi dan mengusap-ngusapnya, dengan mengucapkan "bismillahir rahmanir rahim". Seketika itu juga burung itu hidup kembali.


13. Keramatnya yang lain menurut suatu riwayat, pada suatu hari tiga orang pekerja naik kuda melintasi beliau. Mereka membawa sejumlah minuman keras untuk Raja.

Syeikh Abdul Qadir menyuruh mereka supaya berhenti, tetapi mereka tidak memperdulikannya. Lantas beliau memerintahkan kepada kuda yang membawa mereka, supaya berhenti. Kuda itu pun berhenti, dan Syeikh Abdul Qadir mengambil minum keras itu dan menahan mereka. Mereka merasa kecut dan cemas. Syeikh Abdul Qadir menyatakan, arak itu sudah menjadi cuka. Maka mereka pun membukanya, ternyata apa yang dikatakan beliau itu, benar dan tepat.


14. Pada suatu hari beberapa orang wanita yang menentangnya, datang mengunjungi Syeikh Abdul Qadir, dengan membawa dua buah peti yang berkunci rapat. Mereka berkata : "Cuba teka apa isi peti ini."

Beliau berkata : "Didalamnya ada seorang bayi sedang duduk."

Ketika peti dibuka, ternyata apa yang dikatakan beliau itu adalah benar. Kemudian wanita-wanita itu menunjuk ke peti yang sebuah lagi, menanyakan apa pula isinya.

Syeikh Abdul Qadir menjawab : "Isinya, seorang bayi yang sehat, tidak terkena penyakit sampar." Ketika di buka, ternyata benar didalamnya seorang bayi yang sehat segar-bugar. Beliau memegang ubun-ubunnya, seraya berkata: "Duduklah." Maka bayi mungil itu pun duduk. Melihat kenyataan ini, maka mereka pun tobat, minta ampun, tidak mau lagi melawannya. Tiga orang di antara hadirin ketika itu mati.


15. Seorang laki-laki dari Baghdad menemuinya seraya berkata "Anak perempuanku telah disambar jin." Syeikh Abdul Qadir menyuruhnya pergi ke suatu tempat, dan supaya melingkari tempat itu dengan tulisan "bismillah 'ala niati Abdul Qadir". Orang itu pun melakukan semua itu. Maka sejumlah jin berdatangan melintasi lingkaran sampai Raja mereka tiba. Raja jin itu tegak di pinggir garis lingkaran tadi, seraya bertanya "Apa keperluanmu?"

Laki-laki itu pun menerangkan tentang anak perempuannya disambar jin tadi. Ketika itu juga Raja jin, menghadapkan si penyambar tadi kehadapannya dengan memukul pundaknya.Orang itu pun berkata kepada Raja jin : "Aku belum pernah melihat kepatuhan orang kepada Syeikh Abdul Qadir, seperti kepatuhanmu ini."

Raja jin itu pun menjawab : "Benar, dia melihat keadaan kami dari rumahnya, walaupun kami tinggal di ujung bumi. Mereka berlarian daripadanya karena kehebatannya."


16. Keramatnya yang lain, pada suatu hari beberapa sahabatnya menghadap beliau. Seorang diantaranya tak bisa buang air kecil. Akibatnya dia gelisah menahannya, sehingga mempengaruhi sikap dan gerak-geriknya. Dia menoleh kepada Syeikh Abdul Qadir, seolah-olah minta tolong. Beliau pun turun dari atas tempat duduknya, berhenti di satu tingkatan. Tiba-tiba muncul di atas kepalanya sebuah kepala manusia, seperti kepalanya. Kemudian turun ke satu tingkat lagi, maka muncul pula sebuah kepala yang sama. Kemudian turun ke tingkat bawah, muncul pula dua pundak dan dada. Setiap turun muncul sesuatu, akhirnya nampaklah duduk di atas kursi itu seorang laki-laki yang menyerupainya. Dia bercakap-cakap seperti percakapan Syeikh Abdul Qadir.

Beliau pun bangkit lalu menutupi wajah laki-laki itu dengan lengan bajunya. Tiba-tiba saja orang itu sudah berada di suatu padang pasir, di situ terdapat sebuah sungai dan ditepinya tumbuh sepohon kayu. Dalam keadaan seperti itu, hilanglah penyakit yang dialaminya. Ia pun mengambil wuduk di sungai tadi kemudian shalat. Tatkala memberi salam, Syeikh Abdul Qadir membuangkan tutup kepalanya. Tiba-tiba saja dia sudah berada kembali di majlis itu, sedangkan beliau duduk di atas kursi seperti semula.

Keramat beliau cukup banyak dan sudah tersiar luas. Beliau wafat pada tahun 561 H.



Wali itu Ada ii.jpg
                               Sumber : Keramat Wali-Wali (H.A Fuad Said)