Thursday, February 7, 2019

MISTERI KEBENARAN

Misteri kebenaran itu adalah rahsia
Rahsia tidak boleh diberitahu, kecuali dengan izin Allah swt
Ada tempatnya
RINDU

Masa ada dikhianati
Masa tiada dirindui

Masa itu Emas
LONGGAR DAN KETAT

Yang ketat dilonggarkan
Yang longgar diketatkan
Yang ketat biarlah ketat
Yang longgar biarlah longgar

Monday, January 28, 2019

TEMAN

53)  Janganlah berkawankan seorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah kata katanya.

Sahl bin Abdullah berkata :  Berhati-hatilah (jangan) berkawan dengan tiga jenis manusia :

1. Pejabat pemerintah yang kejam.
2. Ahli quraa' yang bermuka-muka.
3. Orang tasawuf yang bodoh tentang hakikat tasawuf.

Sunday, January 27, 2019

MENYENDIRI

12)  Tiada sesuatu yang sangat berguna bagi hati (jiwa), sebagaimana menyendiri               untuk masuk ke medan berfikir (tafakur).

- Maka pilihlah teman (sahabat) bagi dirimu. Teman yang mendekatkan dirimu             kepada Allah swt.

Kebaikan itu terhimpun dalam 4 perkara :

1. Lapar
2. Diam
3. Menyendiri
4. Bangun malam (tahajjud)

Saturday, January 26, 2019

HAJATKU

27)   Jangan anda meminta kepada Allah supaya dipindah dari satu hal kepada yang            lain, sebab sekiranya Allah menghendakinya tentu telah memindahmu, tanpa              mengubah keadaanmu yang lama.

Itulah pesan guruku Syaikh Ibnu Atho'illah.

* Kitab Al Hikam


Wednesday, January 23, 2019

KEBENARAN

Tiada kita tahu di mana kebenarannya melainkan kita ditunjukkan.
Untuk ditunjukkan maka dikatakan perlulah kita berkawan dengan orang yang alim. Yakni alim dunia dan akhirat.

Pengetahuan dunianya luas seperti pengetahuan agamanya yang luas.

Luas itu mungkin bermaksud pula sempitnya. Seperti dunia yang luas, tetapi sempit. Sempit kerana zaman alam maya kini. Dunia hanya di hujung jari.

Kerana sempit itulah luasnya pengetahuan yang dapat dicapai oleh manusia.

Carilah kebenaran. Sentiasa carilah. Kerana kebenaran itu mungkin ditutupi dengan kekurangan.

Itulah sifat kebenaran.