Sunday, June 23, 2013

SALAM PERANTAUAN

Assalamualaikum Wahai Tuan Guruku dan Teman. Semoga kalian berada dalam naungan Agung Allah Maha Besar.

Tulisan Syeikh Abdul Kadir Al Jailani yang mudah bagi saya fahami dalam buku Nyanyian Sunyi Kekasih Illahi menerangkan tentang adab antara murid dan guru serta kepentingan menjaga keutamaan keluarga.

Tambah beliau lagi, setiap pengetahuan yang diterima ada gurunya. Perkara ini berlaku sejak Nabi Adam lagi. Tiada pengetahuan tanpa kehadiran seorang guru yang benar.

Namun adakala pada satu satu masa guru berada di atas, murid di bawah. Dan pada satu satu masa lain, murid pula di atas guru. Sesungguhnya kita ini bergantung kembali pada Allah s.w.t

Ia sesuatu yang menakjubkan apabila mengetahui kamu mempunyai seorang tuan guru tanpa kamu sedari, kan? Apatah lagi sekiranya kamu sendiri yang meminta sedemikian.

Kepentingan menjaga keluarga pula keutamaan yang perlu didahulukan melebihi orang lain. Kata beliau, jagalah keluarga dengan sebaik-baiknya walaupun kamu berkebolehan hidup zuhud dalam serba kekurangan. Tetapi keluarga kamu mungkin tidak dapat mengikuti zuhud kamu itu.

Rindu dan Sunyi kekasih Illahi adalah sesuatu yang indah.

Yang indah yang tenggelam di lautan dalam.

Salam sejahtera wahai guruku.

No comments: